Wednesday, December 9, 2009
Menulis kembali...
Inilah hotel penginapan kami...dekat sangat dengan Ismail group
14 tahun lepas janji nak honeymoon kat Langkawi...tapi baru la ni dapat merealisasikan impian....
Akhirnya, dapat jugak tanngkap sekor penguin besar dengan nuha...
Melihat keindahan ciptaan Allah di Underwater World
Bergambar di dataran Lang
Baru sampai..di jeti langkawi.
Gambar di dalam feri perjalanan pergi dari Kuala Perlis ke Langkawi.
Assalammualaikum...dan salam kasih kepada semua. Sudah agak lama ruangan ini dibiarkan. Kesibukan guru di hujung tahun memang satu kebiasaan.
Ada beberapa perkara yang berlaku dan ingin dikongsikan di sini....
Tuesday, September 29, 2009
Gambar-gambar raya
Gambar di rumah makcik (adik mak) di Ipoh, Perak. Raya ketiga sebelum balik ke Sg.Petani
Gambar famili tapi gambar husband separuh. Gambar diambil oleh jurugambar tak professional....
Gambar mak dan adiknya......
Raya pertama di rumah mak dan abah di Seremban...bersama adik dan adik ipar.
Bersama anak dan suami tercinta
Semarak kasih.....
Keluarga besar di rumah mak abah di Seremban. Hari Raya pertama
Sunday, September 27, 2009
Selamat hari raya ...maaf zahir dan batin
Hari ini hari ke-9 bulan syawal. Alhamdulilah, saya dapat bersama famili menyambut lebaran kali ini. Semakin hari, kehidupan rasa makin indah kerana anak-anak makin membesar. Terasa hidup ada sesuatu....melihat tumbesaran anak-anak, keletah mereka. Generasi pewaris...
Tahun ini saya menyambut hari pertama syawal bersama adik-beradik di Seremban dan kedua ibubapa tercinta. Semua dapat berkumpul pada tahun ini. Dan ini menjadikan hari raya kali ini sangat bermakna....untuk kesekian kalinya kami berhimpun seperti dulu-dulu. Melihat adik-adik yang bermacam ragam, cuma mak tak berapa sihat sikit.
Kali ini, abah sempat memberi tazkirah syawalnya pada kami. Antaranya:
1- jaga hubungan adik beradik
2- jaga mak kalau abah dah tak ada
3- ambil berat tentang ibubapa ( telefon kalau tak boleh balik kampung)
4- sejarah rumah
5- jaga kesihatan.Tips-tips kesihatan: elakkan minum air berais lepas makan
kalau ada yang tidak ditulis...sila-silalah tambah ye...
Buat adik-beradikku...maaf zahir dan batin. Dan terima kasih atas limpahan kasih sayang. Semoga kita terus bersatu.

Sunday, September 20, 2009
Assalamualaikum
( Teka yang mana satu aku...hahahahaha)
Aku mula berblog hari ini. Sebelum ini aku agak goblok. Tapi nasib ada adik aku yang hensem sorang ini yang membantu. Dia masih bujang lagi. Promotion masih terbuka lagi. Tapi...pastikan anda seorang doktor! Kalau tak melepaslah korang.
o.k...aku jugak nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua..terutamanya mak bapak aku dan suami aku yang tercinta...i love u habibi dan anak-anak aku. Blog ini buat kalian. Jom berblog....
Subscribe to:
Posts (Atom)