Tuesday, September 29, 2009

Gambar-gambar raya


Gambar di rumah makcik (adik mak) di Ipoh, Perak. Raya ketiga sebelum balik ke Sg.Petani


Gambar famili tapi gambar husband separuh. Gambar diambil oleh jurugambar tak professional....


Gambar mak dan adiknya......


Raya pertama di rumah mak dan abah di Seremban...bersama adik dan adik ipar.


Bersama anak dan suami tercinta


Semarak kasih.....


Keluarga besar di rumah mak abah di Seremban. Hari Raya pertama

Sunday, September 27, 2009

Selamat hari raya ...maaf zahir dan batin

Hari ini hari ke-9 bulan syawal. Alhamdulilah, saya dapat bersama famili menyambut lebaran kali ini. Semakin hari, kehidupan rasa makin indah kerana anak-anak makin membesar. Terasa hidup ada sesuatu....melihat tumbesaran anak-anak, keletah mereka. Generasi pewaris...
Tahun ini saya menyambut hari pertama syawal bersama adik-beradik di Seremban dan kedua ibubapa tercinta. Semua dapat berkumpul pada tahun ini. Dan ini menjadikan hari raya kali ini sangat bermakna....untuk kesekian kalinya kami berhimpun seperti dulu-dulu. Melihat adik-adik yang bermacam ragam, cuma mak tak berapa sihat sikit.
Kali ini, abah sempat memberi tazkirah syawalnya pada kami. Antaranya:
1- jaga hubungan adik beradik
2- jaga mak kalau abah dah tak ada
3- ambil berat tentang ibubapa ( telefon kalau tak boleh balik kampung)
4- sejarah rumah
5- jaga kesihatan.Tips-tips kesihatan: elakkan minum air berais lepas makan

kalau ada yang tidak ditulis...sila-silalah tambah ye...

Buat adik-beradikku...maaf zahir dan batin. Dan terima kasih atas limpahan kasih sayang. Semoga kita terus bersatu.

Sunday, September 20, 2009

Assalamualaikum


( Teka yang mana satu aku...hahahahaha)
Aku mula berblog hari ini. Sebelum ini aku agak goblok. Tapi nasib ada adik aku yang hensem sorang ini yang membantu. Dia masih bujang lagi. Promotion masih terbuka lagi. Tapi...pastikan anda seorang doktor! Kalau tak melepaslah korang.
o.k...aku jugak nak ucapkan selamat Hari Raya kepada semua..terutamanya mak bapak aku dan suami aku yang tercinta...i love u habibi dan anak-anak aku. Blog ini buat kalian. Jom berblog....