Hari ini hari ke-9 bulan syawal. Alhamdulilah, saya dapat bersama famili menyambut lebaran kali ini. Semakin hari, kehidupan rasa makin indah kerana anak-anak makin membesar. Terasa hidup ada sesuatu....melihat tumbesaran anak-anak, keletah mereka. Generasi pewaris...
Tahun ini saya menyambut hari pertama syawal bersama adik-beradik di Seremban dan kedua ibubapa tercinta. Semua dapat berkumpul pada tahun ini. Dan ini menjadikan hari raya kali ini sangat bermakna....untuk kesekian kalinya kami berhimpun seperti dulu-dulu. Melihat adik-adik yang bermacam ragam, cuma mak tak berapa sihat sikit.
Kali ini, abah sempat memberi tazkirah syawalnya pada kami. Antaranya:
1- jaga hubungan adik beradik
2- jaga mak kalau abah dah tak ada
3- ambil berat tentang ibubapa ( telefon kalau tak boleh balik kampung)
4- sejarah rumah
5- jaga kesihatan.Tips-tips kesihatan: elakkan minum air berais lepas makan
kalau ada yang tidak ditulis...sila-silalah tambah ye...
Buat adik-beradikku...maaf zahir dan batin. Dan terima kasih atas limpahan kasih sayang. Semoga kita terus bersatu.
Sunday, September 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment